Saturday, September 26, 2009

Kaki bola.

Kaki bola tidak semestinya kaki seorang pemain bola, jika kamu kata "bola, bola, bola, bukan pandai main pun!!!", bermakna ada kurang memahami, ataupun anda seorang pemain bolasepak yang cuba berlagak.

Secara kronologinya saya mula meminati bolasepak sejak tadika lagi, bermula dengan meminati pasukan bola sepak Sabah, ketika itu penyerang utama adalah Scott Ollerenshaw, Matlan Marjan, Kembar Laban, Milomir, Khairul Azman Mohamed, Bobby Chua, Jainin Tinin, Yap Wai Loon dan Julius Ating, sekitar 1994 - 1995 mungkin. Hanya mendengar melalui radio, dan jika bernasib baik, ada live di TV.

Pernah sekali ketika kampung saya terputus bekalan elektrik, dan hanya satu rumah terdapat Generator, iaitu rumah kami. Sabah FA vs Pahang, Satu kampung datang duduk menonton bersama, sorakan seolah penarik penduduk-penduduk lain untuk datang sekali. Ketika separuh masa kedua, bilangan tetamu yang datang semakin ramai, manakan tidak, sampai kampung sebelah pun datang. Sabah menang piala FA pada tahun 1995.


Itu dulu, Sabah FA kini selesa bermain di liga primier sahaja. Saya kini juga kurang ambil kisah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...