Wednesday, October 28, 2009

Saya paling benci bengkel.

Barang kelengkapan sudah disediakan, semua sudah dimasukkan dibeg siap-siap, skema atau tidak siapa kisah, kekurangan barang pada esok pagi adalah kesakitan.

Pita ukur, kertas pasir, pembaris besi, pensil dan lukisan teknikal adalah peralatan wajib, kekurangan salah satunya akan amat menyakitkan, dan menyebabkan tiada tujuan untuk berada di bengkel.

Pinjam meminjam amat sukar bagi pelajar-pelajar ketika di bengkel, masing-masing akan penyembunyikan peralatan masing-masing, pensil akan disimpan di dalam kocek, bukan di telinga, pita pengukur harus disimpan di dalam beg, bukan di pinggang.

Pembaris, harapan untuk mendapat kembali pembaris amat sukar, tapi at least kurangkan jumlah pembaris hilang.

Bengkel umpama medan perang, tidak ada orang akan mampu bergaya, bila bergaya pasti dicopkan pemalas, macam taik, atau budak fashion.(hanya student jabatan fesyen akan bergaya di mana-mana)

Belia Benci Bengkel.

Friday, October 23, 2009

Become wiser.

Everytime I walk to class, I realized, I haven't change for these 2 and a half year. I still walk when other own a ride. Yeah maybe I do changed a bit, fatter, fatter and a bit wiser...not.

I always want to be wiser. Wise people are cool, their words somehow like bullets, they kill. But what to do, we can't just purchase any 'wise' supplement, become wiser is not optional, it's gifted.

I've heard before, to become wise, you have to 'eat' those stupid things first, experience all of it. Know clearly what stupidity means.

Blame me, I hate reading. I bought a book but only read the 1st 3 chapter and open the final chapter to know the ending.


Friday, October 16, 2009

Sedikit gambar dari henset ku.


OMG! Abang Rosyaammm.... auw.

Fanatik Pakatan Rakyat. Troli dia ni penuh poster PKR, termasuk di jubah sekali.


Hard Disk... Get well soon.

Hari ini memang panas, hingga mampu meletupkan cermin kereta.

Happy Deepavali yo peeps. Adios.

Calories

I'm not on diet, but I try to control my food consuming.

By the way, this site help me a lot. www.cekodok.com.

Senarai #2 Perkara dibenci di bilik asrama.

Ini merupakan lanjutan kepada Senarai #1 Perkara dibenci di bilik asrama.

6. Orang ketuk pintu
Pelan bilik kami berbentuk rumah pangsa, sepatutnya dipanggil rumah. Dalam rumah ada tiga bilik semuanya. Oleh itu, sesiapa yang duduk atau tinggal di bilik paling depan, dialah akan jadi tukang buka pintu. Saya benci bila setiap 2 minit orang akan buka pintu. Padahal semua itu bukan tetamu saya. Memang semua kaum lem*** suka melawat bilik geng diorang kah?

7. Sabun Mandi/Syampoo cepat habis macam cocacola.
Sabun mandi(Shower foam) dan Syampu selalunya saya biarkan dalam bilik mandi, yalah, siapa ada masa untuk angkat benda-benda itu setiap kali pergi mandi? Tapi apa yang paling menensyenkan sekali, rakan-rakan sebilik turut berusaha mengabiskan barangan mandian tersebut. Kadang-kadang cuma bertahan 5 hari. Saya saspek, salah seorang dari roomate saya mempunyai ketagihan yang amat unik, iaitu meminum syampu dan sabun. Mungkin.

8.Berdiri dibelakang secara senyap ketika kita Online atau buat kerja
Memang kurang sopan, barbarian, amat melanggar privasi, menganggu emosi, pencetus paranoia. Selalunya mereka datang, dan baca apa yang kita taip, tidak kira ketika kita Chatting atau buat kerja. Mungkin mereka rasa cool sebab kita gagal mengesan mereka. Itu tidak cool, itu monyet.

9.Mandi Lama Gila
Ini teramatlah bikin panas. Apa yang buat seorang lelaki mengambil masa 30 minit di dalam bilik mandi pada masa-masa kritikal (30 minit sebelum kelas bermula)? Cuci muka? Cabut Kening? berendam dalam bathtub? baca surat khabar time berak? Amatlah tidak logik bagi saya. Ini juga sebab utama saya selalu 'terponteng' kelas, yalah, bangun, tengok bilik mandi masih ada orang, apa lagi, sambung tidurrr.....

10.'Girls' gone wild
Gathering 'golongan-golongan' ini selalunya berlaku pada malam rabu, dan khamis. Tidak, saya tidak benci atau anti mereka ini, mereka baik. Tapi tolonglah hormat rakan sebilik, hilai ketawa berdisebel tinggi, madley lagu Siti Nurhaliza versi garau dan sengau, amatlah mengganggu, dan, kami tidak stim langsung. Serius.

Sunday, October 11, 2009

Halo again.

I already keep the old 'notebook'. Why? I wanna puke everytime I clicked the 'Oldest Post' button. That's it. Haha!

P/s: Don't mind the blog title. I always have a problem to choose the right title for my blog.

Friday, October 9, 2009

How to be a 'Tukang-Kipas' for dummies.

1. Duduk di tempat duduk paling depan. Anda akan terus-menerus dianggap pelajar yang berminat untuk belajar. Bersainglah dengan Butt-kisser/tukang kipas lain.

2. Buat-buat muka fokus, serius, seolah-olah mendapat input yang bermanfaat, walaupun ajaran yang disampaikan amatlah di luar silibus.

3. Angguk bila pensyarah memberi kuliah. (ini asas yang amat penting.) Kalau boleh, tongkat dagu anda lakonan yang lebih meyakinkan. Selalunya pengipas-pengipas akan mengangguk serentak dan seirama.

4. Rajin-rajinlah menanya pensyarah pasal tugasan, walaupun soalan itu sangatlah general gila babi semua orang termasuk anda tahu jawapannya.

5. Selalu jawap soalan pensyarah, walaupun soalan-soalan menjengkelkan yang tidak perlu dijawap seperti ini, "Tulis dalam kerrrrr?????" anda jawap "tasssss!!!!". Disini, pengipas-pengipas akan menjawap serentak, anda selalunya akan kenal saingan anda dalam situasi ini.

6.Ketawa bila pensyarah buat lawak bodoh. Tau apa dia lawak bodoh? Sila google.

7.Jika rakan anda gagal menjawap soalan yang ditanyakan oleh pensyarah, bisik-bisiklah, kononnya anda seorang pelajar yang suka membantu rakan sekelas.

8.Ketawa bila pensyarah buat lawak tahap ujibakat rajalawak. (berbeza dengan no.6)

9. Senyum bila pensyarah menceritakan hal peribadi beliau, misalnya "Anak I suke sangat makan KFC, tapi nak jimat, so I gorenglah Ayam pastu masuk dalam kotak KFC, Hehe." Senyum walaupun anda tidak berminat langsung mengambil tahu.

10.Pastikan anda tidak betul-betul mencium penggung pensyarah anda. Walaupun dipelawa. Beliau hanyalah menguji tahap kewarasan anda.

Cilaka, saya benci butt-kisser di kelas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...