Friday, October 16, 2009

Senarai #2 Perkara dibenci di bilik asrama.

Ini merupakan lanjutan kepada Senarai #1 Perkara dibenci di bilik asrama.

6. Orang ketuk pintu
Pelan bilik kami berbentuk rumah pangsa, sepatutnya dipanggil rumah. Dalam rumah ada tiga bilik semuanya. Oleh itu, sesiapa yang duduk atau tinggal di bilik paling depan, dialah akan jadi tukang buka pintu. Saya benci bila setiap 2 minit orang akan buka pintu. Padahal semua itu bukan tetamu saya. Memang semua kaum lem*** suka melawat bilik geng diorang kah?

7. Sabun Mandi/Syampoo cepat habis macam cocacola.
Sabun mandi(Shower foam) dan Syampu selalunya saya biarkan dalam bilik mandi, yalah, siapa ada masa untuk angkat benda-benda itu setiap kali pergi mandi? Tapi apa yang paling menensyenkan sekali, rakan-rakan sebilik turut berusaha mengabiskan barangan mandian tersebut. Kadang-kadang cuma bertahan 5 hari. Saya saspek, salah seorang dari roomate saya mempunyai ketagihan yang amat unik, iaitu meminum syampu dan sabun. Mungkin.

8.Berdiri dibelakang secara senyap ketika kita Online atau buat kerja
Memang kurang sopan, barbarian, amat melanggar privasi, menganggu emosi, pencetus paranoia. Selalunya mereka datang, dan baca apa yang kita taip, tidak kira ketika kita Chatting atau buat kerja. Mungkin mereka rasa cool sebab kita gagal mengesan mereka. Itu tidak cool, itu monyet.

9.Mandi Lama Gila
Ini teramatlah bikin panas. Apa yang buat seorang lelaki mengambil masa 30 minit di dalam bilik mandi pada masa-masa kritikal (30 minit sebelum kelas bermula)? Cuci muka? Cabut Kening? berendam dalam bathtub? baca surat khabar time berak? Amatlah tidak logik bagi saya. Ini juga sebab utama saya selalu 'terponteng' kelas, yalah, bangun, tengok bilik mandi masih ada orang, apa lagi, sambung tidurrr.....

10.'Girls' gone wild
Gathering 'golongan-golongan' ini selalunya berlaku pada malam rabu, dan khamis. Tidak, saya tidak benci atau anti mereka ini, mereka baik. Tapi tolonglah hormat rakan sebilik, hilai ketawa berdisebel tinggi, madley lagu Siti Nurhaliza versi garau dan sengau, amatlah mengganggu, dan, kami tidak stim langsung. Serius.

1 comment:

MISELnamapendek said...

A good side-order, thesis is my main meal now.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...