Friday, October 9, 2009

How to be a 'Tukang-Kipas' for dummies.

1. Duduk di tempat duduk paling depan. Anda akan terus-menerus dianggap pelajar yang berminat untuk belajar. Bersainglah dengan Butt-kisser/tukang kipas lain.

2. Buat-buat muka fokus, serius, seolah-olah mendapat input yang bermanfaat, walaupun ajaran yang disampaikan amatlah di luar silibus.

3. Angguk bila pensyarah memberi kuliah. (ini asas yang amat penting.) Kalau boleh, tongkat dagu anda lakonan yang lebih meyakinkan. Selalunya pengipas-pengipas akan mengangguk serentak dan seirama.

4. Rajin-rajinlah menanya pensyarah pasal tugasan, walaupun soalan itu sangatlah general gila babi semua orang termasuk anda tahu jawapannya.

5. Selalu jawap soalan pensyarah, walaupun soalan-soalan menjengkelkan yang tidak perlu dijawap seperti ini, "Tulis dalam kerrrrr?????" anda jawap "tasssss!!!!". Disini, pengipas-pengipas akan menjawap serentak, anda selalunya akan kenal saingan anda dalam situasi ini.

6.Ketawa bila pensyarah buat lawak bodoh. Tau apa dia lawak bodoh? Sila google.

7.Jika rakan anda gagal menjawap soalan yang ditanyakan oleh pensyarah, bisik-bisiklah, kononnya anda seorang pelajar yang suka membantu rakan sekelas.

8.Ketawa bila pensyarah buat lawak tahap ujibakat rajalawak. (berbeza dengan no.6)

9. Senyum bila pensyarah menceritakan hal peribadi beliau, misalnya "Anak I suke sangat makan KFC, tapi nak jimat, so I gorenglah Ayam pastu masuk dalam kotak KFC, Hehe." Senyum walaupun anda tidak berminat langsung mengambil tahu.

10.Pastikan anda tidak betul-betul mencium penggung pensyarah anda. Walaupun dipelawa. Beliau hanyalah menguji tahap kewarasan anda.

Cilaka, saya benci butt-kisser di kelas.

6 comments:

AngeL BeaR said...

hahhahahahahaha...reminds me during my old college days....

Daishie Dc said...

haha..sa pun benci gila.tp siok pla baca post ko ni tau encek sum ..

gerbert said...

haha.. your sarcasm macam Dr. Mahathir la. hopefully the tukang kipas reads your blog.

dicky said...

i vote for no.9. hahaha..

Sheena said...

punya syok cerita ko ni!!!!

Gallivanter said...

Hahahaha!

Gallivanter
www.danielfranklingomez.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...