Sunday, August 23, 2009

Nota hilang.


Ini bas terakhir, aku mahu pergi dari sini, sini tidak lagi selamat, aku mahu pulang.

"Ada panadol?" Tanya rakan sebilikku, sebelum dikuarantin, sehingga semalam.

Nina, mangsa ke-612 di kampus ini. Virus celaka.

Semua pelajar, survivor, diarah keluar dari kampus, Virus itu kini hilang kawalan, virus yang lama sudah berevolusi. Ini Virus baru.

Tidak ada langkah mudah, kampus bakal diletupkan dengan harapan dapat lenyapkan saki baki virus. Satu-satunya cara.

Aku percaya, kami semua bukan dihantar pulang.


Daripada
masa depan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...