Monday, July 26, 2010

Mundai.

9.55 a.m, saya bangun dan saya tahu saya terlewat. 9.15 pagi saya sepatutnya berada di tempat kerja. Mungkin pagi tadi saya matikan snoozer dalam keadaan separa sedar.

Namun saya masih agak releks, kerana rakan sekerja lain semuanya pernah datang lewat. Dua bulan saya bekerja, saya tak pernah ponteng walau sehari.

Lalu kusumbat earphone dan mulakan playlist. Bas bergerak agak perlahan ketika ini, I seriously need a car. Fuck mini bus!

Satu SMS diterima.

"Kamu di mana?" Kata bos wanita.

Tenang saya mereply, "Maybe saya lambat sedikit, pemandu bas masih berak, celaka betul dia!"

"Hahaha! Budu ko ni!" Balas bosku.

Sedikit humor menjadi penyelamat isninku.

2 comments:

Unknown said...

Nice one. Harap boleh guna juga tu alasan untuk masa depan. Happy working, go go power ranger.

Owen said...

boleh.. sangat di alu-alukan. hehe. Alasan sakit perut x boleh diguna pakai lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...