Saturday, November 14, 2009

Pengutip Hutang

Saya amat benci meminta semula duit dari orang lain, pendek kata, memungut hutang. Tapi kadangkala kita terpaksa, mungkin sebab kesempintan, mungkin sebab maruah, mungkin sebab tidak mahu mereka terus meminjam.

Terpaksa, itulah alasan saya. Di kolej, secara tidak langsung saya jadi ah-long, saya saya kutip yuran, saya beri mereka tempoh untuk membayar, saya desak mereka.

Saya AJK Bendahari pada peringkat blok, saya juga pemilik broadband yang disewakan kepada roomate lain. Dua peranan ini memaksa saya jadi seorang ahlong yang kejam, yang mendesak setiap kali bersemuka.

Sebagai AJK Bendahari, saya dikehendaki untuk mengetuk setiap pintu di Blok hostel ini. Duit yang diminta bukan sedikit, RM15 untuk satu semester. Banyak bagi saya. Semata-mata untuk program bodoh seperti dinner. Orang yang mencipta dinner akhir tahun ini memang bodoh. Ianya seperti memperkenalkan subjek Add Math di sekolah.

Hal-hal yuran ini memang dibenci di kolej, setiap poster yang berkaitan dengan yuran akan diconteng, dikoyakkan, dan renyukkan, dan kami terpaksa melaminatekan ia dan masukkan ke dalam papan kenyataan berkunci. Kita semua benci bayaran, apatah lagi bayaran semata-mata untuk dinner bertema.

Semester depan adalah semester terakhir saya, tidak perlu lagi memegang apa-apa jawatan. Semoga berjaya kepada pemungut hutang yang baru dilantik, dan jangan cuba meminta yuran dinner bodoh itu dari saya!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...