2. Beberapa game gay saya telah mula terokai di Facebook seperti Rock Lagend, Farmville, dan Barn Buddy, nampaknya membawa sedikit ketagihan. Mungkin persaingan yang wujud dikalangan komuniti itu sendiri yang membuat permainan itu membawa ketagihan. (Anda boleh gantikan gay tersebut dengan happy jika anda kurang selesa)
3. Beberapa rancangan telah gagal, salah satunya adalah Jogging pada pagi dan petang. Rancangan tersebut menghadapi pelbagai masalah dan rintangan dan sukar untuk dijalani.
4. Terima Kasih diucapkan kepada laman web Youtube kerana kelajuan yang maksima pada tempoh cuti ini, saya berjaya menghabiskan beberapa movie dengan amat laju dan berkualiti tinggi(HQ). Salah satu movie yang paling sukar untuk dihabiskan ialah Band of Brothers. Movie ini teramatlah mantap dan saya tidak pernah skip walau sesaat, termasuklah melihat luahan-luahan para veteran perang dunia ke-2.
5. Pencapaian yang harus dibanggakan pada tempoh seminggu cuti ini adalah, kejayaan memasuki final Liga-liga Juara dengan menggunakan pasukan Liverpool, itupun setelah mengubah karekter Torres, Babel, Keane, dan Benayoun, semua tahap kelajuan pemain-pemain ini telah dinaikkan. Liverpool adalah pasukan terlemah dalam game PES 09 sebelum diubah.
6. Kegagalan paling memalukan adalah, gagal menurunkan berat badan. Amat pelik jika difikirkan, mana mungkin manusia gagal menurunkan berat badan jika hanya makan mi segera selama seminggu. Saya mula berfikiran negatif.
7. Satu lagi kegagalan adalah Tugasan, rancangan membuat tugasan telah difikirkan seminggu lepas, namun hanya dilaksanakan malam tadi.
8. Kitaran tidur saya berjaya dipulihkan. Saya mula bangun pukul 6 hingga 8 pagi, dan tidur pada sekitar 12 tengah malam. Berbanding seminggu lepas, saya hanya akan tidur pada 6 pagi dan bangun pada 12 tengah malam. Harus dipuji, jika dikira pemulihan waktu tidur amatlah sukar bagi manusia biasa.
9. Ada sekali emosi saya tercabar, iaitu ketika membeli murtabak ayam. Tambi itu secara yakin meletakkan harga dua kali ganda keatas murtabak dagingnya. Saya bantah dalam hati. Memberontak. RM5 bagi murtabak adalah luar dari pemikiran logikal. Kecuali ianya murtabak dari Italy. Saya senyum lalu beredar. Tahan kemarahan tidak mahu hati si tambi terguris.
10. Saya pernah bercadang untuk mengemaskan rumah ini, namun niat terhenti setelah sedar rupa-rupanya rumah ini tidak ada mop. Tidak mengapa, simpan sahaja niat suci murni itu dihati.
Tau apa Cedet? Lihat di ruangan "Cool Blogs" di bawah. Blog kegemaran saya.
No comments:
Post a Comment